Semuanya ada diTerengganu..

Monumen Batu Bersurat - Kg. Buloh, H. Trg.

Tidak sah kiranya anda lalu di Kuala Berang dan tidak singgah untuk melihat monumen Batu Bersurat yang telah dibina di Kampung Buluh.
Selain itu Pengunjung juga dapat membaca menuskrip seperti yang asal. Batu Bersurat yang asal boleh dilihat oleh para pengunjung di Muzium Negeri Terengganu.
Jarak dari Kuala Berang hanya kira-kira 5 minit perjalanan sahaja.
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.
Sudi-sudikanlah berkunjung ke Terengganu.. Pelbagai citra warna kehidupan ada disini....

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Salam ziarah... Rahsia Batu Bersurat dan Panji Hitam dari Timur...

"Tamra di Benua Terengganu"
"Persiapan dari Bumi Madinah"

Wassalam.

Post a Comment