Sintuari gajah ini terletak di Sg. Ketiar. Jalan Tasik Kenyir ke Felda Aring, Gua Musang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Pengkalan Gawi dan 2 jam setengah dari Kuala Terengganu dan kiranya anda dari Kuala Berang, ianya mengambil masa 1 jam setengah.
Sekiranya anda dalam perjalanan dari Gua Musang melalui lebuh raya Felda Aring - Tasik Kenyir, anda boleh singgah bagi menunaikan solat serta berehat sebentar di Sintuari ini. Terdapat surau, tandas dan taman permainan kanak-kanak disediakan kepada para pengunjung.
Waktu beroperasi adalah dari jam 11 pagi hingga 1 petang, dari jam 3 petang hingga 5 petang setiap hari. Anda juga boleh menunggang gajah pada waktu 3petang hingga 4 petang.
Dua ekor gajah betina terdapat di Sintuari Gajah Sg. Ketiar ini.
Anda juga boleh mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama Sari dan Seri.
0 comments:
Post a Comment