Semuanya ada diTerengganu..

Sekitar Pekan Kuala Berang a.k.a Bandar Bawah Tasik

Kuala Berang terkenal dengan masakan ikan kelah dan ikan baung masak tempoyak.. Selain itu, kiranya lalu di kampung Gaung, kita akan tertarik dengan jagung rebusnya serta replika jagung yang berdiri gah ditepi jalan utama... Di sini terletaknya deretan gerai jualan hasil pertanian kampung dengan harga yang cukup MURAH!!
Emm.. Hanya sebuah catatan sepanjang perjalanan sahaja untuk dikongsikan dengan semua.. Sudah banyak blog yang menceritakan keseluruhan tempat di Terengganu. Jadi konsep saya mungkin hanya berbentuk penulisan dan album foto yang diambil dalam perjalanan kehidupan.. Sebagai salam perkenalan saya akan mulakan dengan daerah Hulu Terengganu, Kampung halaman kebanggaanku..


Sebut sahaja Kuala Berang sudah pasti kita akan terlintas Empangan Tasik Kenyir dan ikan kelah yang terkenal... Artikel akan datang akan berkisar tentang tempat-tempat disekitar Kuala Berang.
Kiranya anda lalu di Kuala Berang, sudi-sudikanlah....

0 comments:

Post a Comment