Semuanya ada diTerengganu..

Sekiranya anda terfikir tempat yang sesuai untuk bermalam sebelum ke Tasik Kenyir, saya mencadangkan sebuah resort di Kg. Pauh.. Kira-kira 10minit perjalanan dari Kuala Berang.
Resort yang dinamakan "Warisan Pahlawan Resort" amat unik kerana berkonsepkan tradisional moden. Apabila anda masuk, anda akan terasa seperti berada di zaman dahulu kala...
Baik dari segi kesenian ukiran kayu sehinggalah peralatan yang ada dirumah ini, semua mampu menarik perhatian anda.
Kebanyakan susun atur Resort ini berkonsepkan rumah zaman dahulu. Untuk pengetahuan semua, ianya telah dijadikan tempat penggambaran bagi filem "Nyang Rapik".
Jebak burung ataupun perangkap burung.. Pernahkah anda lihat yang seumpama ini??
Ukiran dan kesenian kayu memang menjadi kebanggaan kita semua.
Seni anyaman ini amat sukar dilihat dimasa.
Walaupun diluar berkonsepkan klasik, tetapi kemudahan yang disediakan amat baik bagi para pengunjung.
Kolam dengan landskap yang amat mengujakan ini mempunyai tarikan tersendiri, disini anda boleh melihat sendiri ikan kelah merah berenang....
Bilik mandi luar. Kiranya anda telah lama tidak merasai kesejukan air telaga, disini anda bolehlah mencubanya. Lihat samaada anda dapat tahan kesejukan air telaga.
Jadi apa tunggu lagi, jom bercuti di Terengganu!!!

0 comments:

Post a Comment