Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah di jalankan di sini. segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti hulu di tempat lain kerana lazimnya hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu.


Kelahiran nama Terengganu Darul Iman ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana
Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima
Islam di
Terengganu malah di
Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.

Tasik Kenyir yang terletak di hulu
Sungai Kenyir,
Terengganu merupakan
tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa
elektrik di
Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan
empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama
Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan
jagung manisnya telah menaikkan nama bandar
Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

"Tidak ada sebuah
Kuala yang terletak di
Hulu kecuali
Kuala Berang yang terletak di
Hulu Terengganu." Disini telah nampak betapa uniknya Kuala Berang....
0 comments:
Post a Comment