Semuanya ada diTerengganu..

Tasik Kenyir - Edisi Meneroka Pulau Herba

Air rebusan akar tongkat ali yang boleh diminum... Jadi bawalah botol lebih yer, bolehla bawak balik...hehhehe
Banyak rupanya khasiat herba, patutlah orang zaman dahulu kala mempraktikkan minuman herba...
Emm.. teringat cerita Tarzan bila melihatkan akar pokok yang berlingkar.. Kalaulah...hehehh
Tarzan ada, mesti gempak habis...
Inilah kali pertama aku melihat sendiri pokok ni, biasanya baca label jer...

Haa... pokok nie memang cukup dicemburui oleh Pak Ali... Kerana pokok inilah maka ramai yang cuba mengambil tongkat Pak Ali....huhhuh

Ini baru dinamakan ukiran pada batu!!! Malaysia memang kebanggaanku... 1 Malaysia....

Pintu gerbang yang akan menyambut para pengunjung ke Pulau Herba...

Tasik Kenyir - Edisi Meneroka Sg. Lasir

Masih terasa kesejukan air Terjun Lasir.. Deruan airnya, bunyi serangga disekeliling.. memang betul-betul tidak dapat dilupakan...huhuhh
Ditengah-tengah ada sebuah jambatang gantung, kalau anda sempat menonton drama "Bila Lasir Menderu", kalau tidak silap pernah ditayangkan di TV1.. Diaorang shoting kat sini la....
Emm... Cari benda tersembunyi di batang pokok!!! ehhehe.. kiranya anda bernasib baik...
Dari kiri... Cepat jalan....heheheh
Adakalanya kebesaran dan kekuasaan tuhan dipertunjukkan tanpa kita sedari....

Tasik Kenyir - Edisi Sg. Lasir

Untuk permulaan.. Nikmatilah gambar sebelum pendaratan bot...ehhhe
Air tasik memang hijau ker? Datang sendiri baru tau...

Pemandangan dari bot yang dinaiki.. Pengkalan ke Sungai Lasir...

Cuba bayangkan, kiranya empangan ini tidak dibina setinggi mana agaknya air terjun ini yer??

Sehari di Tasik Kenyir..

Bagi para peminat kaki pancing, tempat sebegini memang menjadi lubuk.. Bak kata pepatah, "Sekilas ikan diair sudah ku tahu jantan betinanya." Memang sesuai bagi pemburu kelah kerana masih terdapat banyak lubuk-lubuk ikan yang tidak diterokai lagi.. Kiranya anda menyewa houseboat, ikan lampam memang banyak berlegar ditepian houseboat anda....
Salah satu pemandangan air terjun yang masih tidak tercemar dan dingin sekali...

Kiranya anda menjelajah dengan bot kecil, pemandangan sebegini memang tidak asing dan akan tersimpan dalam ingatan anda....
Salah satu hentian yang memang wajib anda singgah...

Masih terdapat tunggul-tunggul kayu balak yang memberikan pemandangan yang amat unik sekali dan mengujakan kepada sesiapa yang berkunjung ke Tasik Kenyir.

Sekitar Pekan Kuala Berang a.k.a Bandar Bawah Tasik

Kuala Berang terkenal dengan masakan ikan kelah dan ikan baung masak tempoyak.. Selain itu, kiranya lalu di kampung Gaung, kita akan tertarik dengan jagung rebusnya serta replika jagung yang berdiri gah ditepi jalan utama... Di sini terletaknya deretan gerai jualan hasil pertanian kampung dengan harga yang cukup MURAH!!
Emm.. Hanya sebuah catatan sepanjang perjalanan sahaja untuk dikongsikan dengan semua.. Sudah banyak blog yang menceritakan keseluruhan tempat di Terengganu. Jadi konsep saya mungkin hanya berbentuk penulisan dan album foto yang diambil dalam perjalanan kehidupan.. Sebagai salam perkenalan saya akan mulakan dengan daerah Hulu Terengganu, Kampung halaman kebanggaanku..


Sebut sahaja Kuala Berang sudah pasti kita akan terlintas Empangan Tasik Kenyir dan ikan kelah yang terkenal... Artikel akan datang akan berkisar tentang tempat-tempat disekitar Kuala Berang.
Kiranya anda lalu di Kuala Berang, sudi-sudikanlah....