Semuanya ada diTerengganu..

Berkhelah Di Kem PERDA, Belukar Bukit, H. Trg.





Kem PERDA merupakan kawasan kepunyaan Persekutuan Pengakap Daerah Hulu Terengganu yang amat sesuai bagi aktiviti outdoor disamping berkhelah bersama ahli keluarga..
Air yang tidak berapa laju serta cetek amat sesuai bagi kanak-kanak bermandi manda dengan selamat... Kem ini terlepak berhadapan dengan jalan masuk menuju ke Air Terjun Belukar Bukit.... Ianya kira-kira 15 minit perjalanan dari kawasan perkhelahan Air Terjun Sekayu.

Pantai Rantau Abang memang comel...





















Penyu Menangis (Sudirman)
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Sesak nafasnya sesak(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak(Tak tahu adik tak tahu)
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)
Kelabu matanya kelabu(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu(Tak tahu abang tak tahu)

Santai di Taman Tamadun Islam






Driff di Terengganu.... Terengganu Oldschool Car Club

Hebat!!!
Tidak kusangka....huhuh
Isey, malu kereta zaman sekarang...huhuh
Rim tu yang mengancam...huhuhh
Huhuh.. mampukah wiraku dulu buat aksi begini....
Ramai yang tidak menyedari kewujudan kelab TOCC... Terengganu OldSchool Car Club..
Baru-baru ini, mereka telah menunjukkan aksi kereta oldschool mereka melakukan aksi driff di Muzium Negeri Terengganu sempena Pameran Automotif..
Bagi yang ingin melihat aksi driff mereka, bolehlah ke perkarangan Stadium Sultan Mizan, Gong Badak setiap hari Jumaat dan Sabtu.. Bermula dari pukul 5 petang hingga 6.45 petang...
Walaupun aksi latihan... driff mereka menghiburkan kerana melibatkan kereta oldschool....

Kuala Terengganu - Taman Tamadun (Monumen)

Penghasilan Monumen ini memang cukup teliti....
Emm.. bagaimana yer kalau betul-betul mengikut skala asal??
Kalyan Minaret, Uzbekistan.
Menara yang dibina pada 1127M oleh Arslan Khan ini diperbuat daripada bata yang dibakar. Ia merupakan salah satu rekaan yang unik..
Datanglah sendiri ke Taman Tamadun Islam..
Sebuah edutainment park seumpamanya didunia...
Bayaran dikenakan sebanyak:
RM15 ringgit(Mycard)+sebuah pasport Taman Tamadun+Baucer RM3 ringgit.
Anda boleh berjalan kaki untuk melihat kesemua 21 buah monumen secara dekat atau menaiki tren yang disediakan dan berbasikal..



Kuala Terengganu - Taman Tamadun (monumen)

Kalau dilihat dari dekat memang kesenian cukup teliti...

Kul Sharif Mosque,Kazan, Russia
Masjid ini merupakan masjid yang penuh sejarah dalam senibinaannya kerana rekabentuknya yang mengimbau di zaman Kremlin. Apa itu zaman Kremlin?
Datanglah sendiri ke Taman Tamadun Islam...
sebuah edutainment park seumpamanya didunia...
Bayaran dikenakan sebanyak:
RM15 ringgit(Mycard)+sebuah pasport Taman Tamadun+Baucer RM3 ringgit.
Anda boleh berjalan kaki untuk melihat kesemua 21 buah monumen secara dekat atau menaiki tren yang disediakan dan berbasikal..


Kuala Terengganu - Taman Tamadum (monumen)

Huhuhuh..parok...
Monumen Great Mosque of Agadez
Ianya dibina pada kurun dari tenah niat dan mempunya sebuah menara dengan perancah kayu yang membuatkan ia kelihatan pelik. Ingin tahu apa peranan perancah kayu dan bila ianya dibina? Datanglah sendiri ke Taman Tamadun Islam... sebuah edutainment park seumpamanya didunia...
Bayaran dikenakan sebanyak:
RM15 ringgit+sebuah pasport Taman Tamadun+Baucer RM3 ringgit
Anda boleh berjalan kaki untuk melihat semua 21 buah monumen secara dekat atau menaiki tren yang disediakan dan berbasikal..