Semuanya ada diTerengganu..

Sepetang di Pantai Batu Buruk






Inilah keistimewaan Terengganu yang nyata sekali... negeri yang mempunyai pesisir pantai yang terpanjang sekali.. pantai yang memutih dan bersih terjaga.. menggamit sesiapa sahaja untuk datang kesini. Dengan deruan ombak serta angin pantai yang menyapa kemuka, cukup asyik sekali... Ditengah-tengah samudera pula, sayup mata memandang, kita dapat melihat kole terumbang ambing mencari rezeki di bumi Allah ini....

Sepetang di Pantai Batu Buruk





PantaiBatu Buruk memang cukup terkenal dengan keindahan pantainya. Sekiranya anda bertuah, anda dapat menyaksikan pertunjukan kebudayaan yang berlangsung di astaka utamanya. Pada hari minggu, disinilah tempat para muda-mudi berkumpul sambil menghirup bayu pantai.. Ohh.. indahnya pantai dan sejuknya bayu...(ayat jiwang sikit daa,,)

Aktiviti Pusat KO, Pulau Redang




Alangkah baik kiranya sekolah-sekolah SKM dapat membawa pelajar mereka ke Pulau Redang. Sudah pasti ini akan mendedahkan mereka dengan satu pengalaman baru dan sukar untuk memperolehinya ditempat lain. Kepada tenaga jurulatih pusat kokurikulum Pulau Redang diucapkan TAHNIAH kerana berjaya menyediakan aktiviti sebegini....

Aktiviti Kokurikulum di Pulau Redang 1






Sekiranya ada peluang menyertai sebarang aktiviti di Pulau Redang, jangan lepaskan peluang tersebut. Ianya memang mengujakan sebaik melangkahkan kaki ke jeti Pulau Redang!!!

Kembara Malam di Kuala Terengganu (2)






Hanya perlu menyeberangi jalan telah sampai ke Taman di sebelah pejabat pos Kuala Terengganu ini... Sesuai bagi kita merehatkan minda serta melihat Istana yang terletak di sebelah taman ini dengan lebih dekat lagi..

Kembara Malam di Kuala Terengganu (1)




Kepada para perantau sekalian... Baliklah cepat-cepat ke Terengganu.. Sepanjang bulan Ramadhan ini, Dataran Shahbandar dipenuhi dengan khemah jualan bagi menyambut ketibaan raya yang bakal menjelang dua minggu lagi. Pelbagai barangan boleh didapati disini dari sebesar kerusi hinggalah sekecil butang baju melayu...hehe Amat meriah sekali ketika penulis pergi kembara kesana semalam. Jadi apa tunggu lagi jom ke Terengganu!!! Kita beli macang-macang!!

Bandaraya Kuala Terengganu (2)

Wisma Darul Iman serta Stadium lama..

Kampung Cina, Kuala Terengganu

Stesen Bas Kuala Terengganu

Kampung Cina

Pintu Gerbang dihadapan Istana...

Bandaraya Kuala Terengganu

Pasar Besar Kedai Payang tetap menggamit para pelancong yang ingin mencari barangan tembaga, songket, sutera, batik serta banyak barangan lain dengan harga yang berpatutan..

Bazar Warisan yang bertentangan dengan Pasar Besar Kedai Payang menjadi gedung jualan kedua dengan kemudahan lebih selesa serta ruang yang besar.

Salah satu hotel yang menjadi pilihan pelancong kerana terletak berdekatan dengan tempat utama perlancong.

Jata Negeri di pintu masuk istana bersebelahan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu.

Dataran Syahbandar menjadi tempat berkumpul muda-mudi serta melihat gelagat para pengunjung. Pada hari minggu pula diserikan dengan pasar malam yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan.

Kembara Malam di Kuala Terengganu (3)





Warna malam di sekitar Pejabat Pos Kuala Terengganu... Pastikan anda melihatnya sendiri...hehehe

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Dahulunya bulatan Batu Bersurat ini dikenali dengan Bulatan Penyu.. Bulatan ini sebenarnya adalah bulatan Ladang kerana ianya hampir dengan Masjid Ladang serta Tanah Perkuburan yang berada disebelah masjid ladang.




Salah satu tempat yang tersohor di Terengganu adalah Pantai Batu Buruk. Ianya menjadi kunjungan ramai pada hari minggu serta hari kelepasan am. Deruan ombak menghempas pantai disamping gelagat para pengunjung mempu menarik perhatian sesiapa sahaja untuk berada lebih lama di sini.

D'Benteng, Taman Tamadun





Alhamdulillah... Terimakasih kepada Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu atas jemputan berbuka puasa di Taman Tamadun Islam pada 24.8.2010... Tempat dan makanan yang disediakan memang gempak habis....