Semuanya ada diTerengganu..

Musim Durian...





Huh..musim durian memang amat dinantikan... Disepanjang jalan dari Kg. Pengkalan Berangan, Marang, serta sekitar Bukit Jerung, Marang, terdapat longgokan durian yang baru luruh dan terus dijual.. Di Kg. Peroh juga durian agak banyak dijual dan durian MARDI Jerangau adalah antara yang terbaik kerana baka durian yang terpilih sahaja ditanam di MARDI Jerangau. Jom ke Terengganu... Musim buah sedang melanda...

Marang - Sepanjang perjalanan ke Kelulut (2)





Makanan seperti Satar sudah tersedia dibakar menggunakan dapur arang sejak pukul 2.00 petang. Sekiranya anda ingin mendapatkan keropok lekor, kuih anang, makanan ringan berasaskan hasil laut, anda cuma perlu memilih gerai atau kedai disepanjang jalan bandar Marang ke Kelulut... Macam-macam ada..............hehehe

Marang - Sepanjang jalan ke Kelulut...





Bermula dari lampu isyarat bandar Marang, kita dapat menyaksikan banyak gerai yang menjual pelbagai makanan laut serta makanan tradisional Terengganu dengan harga yang berpatutan. Anda boleh membuat penyinggahan dan menikmati makanan tersebut panas-panas dari dapur... Huh.. memang asyik sekali...

Bazar Warisan.. - Kuala Terengganu





Bazar Warisan ini terletak bersebelahan dengan Bukit Puteri.. Ianya merupakan sebuah bazar yang baru dibina berdekatan dengan Pasar Kedai Payang. Sekiranya anda bertuah, anda pasti dapat menikmati pemandangan Bazar Warisan yang dihiasi de
ngan lampu-lampu yang mempunyai daya tarikan tersendiri..
Jom datang ke Terengganu, semuanya ada disini...

Pantai Chendering





Terengganu memang indah dan terkenal dengan pantainya... Pantai Chendering ini terletak berhadapan dengan perkampungaan nelayan di persisir pantai Chendering. Kiranya anda mahu menikmati keindahan pemandangan seperti diatas, anda boleh melalui jalan perkampungan disebelah kiri menuju ke Jabatan Perikanan Chendering.

Pemandangan di Jeti Marang





Kiranya anda ingin melihat pemandangan sekitar Jeti Marang, anda boleh naik ke menara yang tersergam tinggi ini bagi melihat pemandangan diatas..
Amat indah sekali terutamanya pada kepetangan hari... Bot-bot yang berlabuh, muara setelah air laut surut, para pemancing dan pelbagai pemandangan yang mengasyikkan kita untuk berada lebih lama di atas ini...

Kuala Terengganu - Taman Tamadun (Monumen)





Great Mosque of Qairawan, Tunisia.
Dibina pada 670M oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Ia telah dibina semula sebanyak tiga kali sehingga hari ini yang melambangkan kesamarataan di Qairawan.

Kuala Terengganu - Taman Tamadun (Monumen)





Suleyman Mosque, Turkey.
Dibina pada 1557 M pada masa empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Merupakan tempat infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata.

Kuala Terengganu - Taman Tamadun (monumen)





The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain.
Al-Hambar (Red Castle) is an ancient palace and fortress complex built between 1238 - 1354, in reign of Mohammed bin Ahmar, the first Nasrid king.

Pusat KO, Pulau Redang





Kiranya anda mahu berbulan madu atau sedang memikirkan program bagi syarikat atau sekolah anda, Pulau Redang ada menawarkan sesuatu yang menarik untuk dihayati...
Minggu ini, saya akan membawa anda menyelami beberapa program di Pusat KO Pulau Redang...